PENYAKIT PARU-PARU OBSTRUKTIF KRONIK (COPD)

PENYAKIT PARU-PARU OBSTRUKTIF KRONIK (COPD)

Apa itu penyakit paru-paru obstruktif kronik?

  • Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) adalah penyakit paru-paru radang kronik yang menyebabkan aliran udara terhalang dari paru-paru.

  • Antara dua jenis penyakit COPD yang paling biasa adalah:

    • Emfisema: Kerosakan pada kantung udara (alveoli) di dalam paru-paru.

    • Bronkitis kronik: Saluran bronkus (iaitu laluan salur udara dalam salur pernafasan yang mengalirkan udara ke dalam paru-paru) meradang dan menghasilkan banyak kahak.

Apa tanda-tandanya?

Antara tanda-tanda anda mungkin mempunyai penyakit COPD adalah:

  • Batuk berkahak secara berterusan

  • Ketegangan dada

  • Bibir atau kuku menjadi kebiru-biruan

  • Kerap mendapat jangkitan pernafasan

  • Bengkak di mana-mana bahagian kaki

  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba (jika parah)

  • Sesak nafas terutamanya semasa bersenam

  • Kerap berdesah (nafas seperti sakit asma)

  • Sentiasa ada kahak yang banyak dalam kerongkong anda

  • Badan kurang bertenaga

Saluran bronkus normal (kiri) vs bronkus meradang dan berkahak (kanan)

Batuk berkahak secara berterusan adalah tanda penyakit COPD

Apa puncanya?

Antara punca-punca penyakit COPD adalah:

  • Merokok atau kerap terkena asap rokok dalam jangka masa panjang.

  • Selalu terdedah kepada asap pembakaran.

  • Selalu terdedah kepada habuk dan bahan kimia terutamanya yang melibatkan pekerjaan anda: Pendedahan dalam jangka masa panjang terhadap asap kimia, wap dan habuk boleh merosakkan paru-paru anda.

  • Peningkatan umur: Risiko penyakit COPD bertambah seiring dengan peningkatan umur anda.

  • Genetik: Terdapat individu yang menghidap COPD kerana genetiknya yang kurang sempurna.

Bagaimana mencegah & membendungnya?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit COPD adalah:

  • Berhenti menghisap rokok atau jauhi daripada terkena asap rokok.

  • Pakai peralatan perlindungan pernafasan yang sesuai jikalau anda selalu terdedah dengan asap kimia, asap pembakaran dan habuk.

Bagaimana ia dikesan?

Jikalau terdapat tanda-tanda penyakit COPD yang telah dinyatakan, bincangkan dengan doktor mengenai situasi khusus anda. Dengan nasihat doktor, anda boleh memutuskan sama ada kaedah pemeriksaan tersebut adalah tepat untuk anda.

Kaedah pengesanan penyakit COPD yang sering digunakan adalah:

  • Ujian fungsi paru-paru: Mengukur jumlah udara yang dapat anda hirup dan hembus semasa bernafas. Ujian ini juga dapat menganalisis jika paru-paru anda menyampaikan oksigen yang mencukupi ke darah anda.

  • Analisis gas darah arteri: Ujian darah ini mengukur sejauh mana paru-paru anda membawa oksigen ke dalam darah anda dan mengeluarkan karbon dioksida.

  • Ujian pengimejan bertujuan menghasilkan imej paru-paru anda untuk mengesan segala keadaan yang tidak normal menggunakan :- 

    • CT scan

    • X-ray​

Bagaimana ia dirawat?

Bincangkan dengan doktor anda jenis rawatan yang terbaik untuk keadaan khusus anda.

Kaedah rawatan penyakit COPD adalah melalui:

  • Ubat-ubatan khusus: Terdapat banyak ubat-ubatan yang selalu digunakan untuk merawat tanda-tanda penyakit COPD dan boleh digunakan dalam bentuk:

    • Ubat telan (oral)

    • Ubat sedutan (inhaler)

  • Terapi paru-paru seperti:

    • Penyertaan program latihan, pendidikan dan sokongan untuk membantu anda belajar untuk bernafas sebaik mungkin.

    • Penggunaan bekalan oksigen untuk membantu pernafasan.

  • Pembedahan pengurangan isi padu paru-paru: Mengeluarkan sebahagian tisu-tisu rosak pada paru-paru supaya pernafasan boleh berfungsi dengan lebih baik.

  • Prosedur untuk menggantikan paru-paru anda yang tidak dapat dipulihkan dengan paru-paru yang sihat dari:

    • Penderma yang sudah meninggal dunia

    • Penderma yang masih hidup (sebahagian paru-parunya)​

  • Bullectomy: Prosedur pengeluaran ruang udara besar yang terbentuk akibat kerosakan di paru-paru. Ini dapat meningkatkan pengaliran udara semasa pernafasan.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  • Buat appointment dengan doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit COPD yang membimbangkan.

  • Setiap hospital mempunyai kaedah yang berbeza untuk saringan penyakit COPD.

  • Bincangkan pemeriksaan penyakit COPD dengan doktor anda. Bersama-sama pakar perubatan, anda boleh memutuskan apa yang terbaik untuk diri anda.

Malaysia telah dianugerahkan beberapa kali sebagai destinasi terbaik untuk mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti dengan harga terjangkau. Cari hospital di Malaysia yang sesuai dengan keadaan khusus anda di sini: Panduan Hospital

Bagaimana untuk bersiap sedia dengan appointment anda?

Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan seperti berikut:

 

  • Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?

  • Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit pada badan anda?

  • Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?

  • Adakah anda seorang perokok atau bekas perokok?

  • Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit tersebut?

  • Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?

  • Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?

 

Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:

  • Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.

  • Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).

  • Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.

  • Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.

  • Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).

  • Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.

 

Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:

  • Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?

  • Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?

  • Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?

  • Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?

  • Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?

  • Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?

  • Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?

  • Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?

  • Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?

  • Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?

  • Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?

  • Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?

  • Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)

  • Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?

  • Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?

  • Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?

 

Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.

Updated: March 23, 2019

References:

  1. Porter, Robert S. The Merck Manual of Patient Symptoms: A Concise, Practical Guide to Etiology, Evaluation and Treatment. Wiley, 2008.

  2. Papadakis, Maxine A., McPhee, Stephen J., Rabow, Michael W. CURRENT Medical Diagnosis and Treatment. 58th ed. McGraw Hill Professional, 2018.

  3. Beirman, Robin., Engel, Roger. An A-Z of Symptoms and Signs. Palgrave Macmillan Australia, 2009.

  4. Griffith, Henry W. Complete Guide to Symptoms, Illness & Surgery. 3rd ed. Body Press/Perigree Books, 1995.

  5. National Health Service. 2019. COPD. [https://www.nhs.uk/conditions/chronic-obstructive-pulmonary-disease-copd/]. Accessed 13 March 2019.

  6. Centers for Disease Control and Prevention. 2019. COPD. [https://www.cdc.gov/copd/index.html]. Accessed 16 March 2019.

Ubat-ubatan khusus untuk merawat COPD

Ujian spirometry adalah jenis ujian fungsi paru-paru yang selalu digunakan

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon