KANSER RAHIM

KANSER RAHIM

Apa itu kanser rahim?

  • Kanser rahim ataupun dikenali sebagai kanser endometrium adalah sejenis kanser yang bermula di rahim.

  • Rahim adalah organ pada bahagian pinggul wanita yang berbentuk seolah-olah buah pir.  Antara fungsi rahim adalah untuk tempat perkembangan janin.

  • Kanser rahim mudah dikesan pada peringkat awal kerana ia akan menyebabkan pendarahan faraj yang tidak normal.

  • Pembuangan sebahagian rahim melalui pembedahan semasa kanser berada di peringkat awal akan dapat memulihkan kanser rahim sepenuhnya.

Apa tanda-tandanya?

Antara tanda-tanda anda mungkin mempunyai kanser rahim adalah:

  • Kesakitan kawasan pinggul (pelvis)

  • Pendarahan berlaku luar dari waktu haid yang normal

  • Pendarahan faraj walaupun sesudah menopaus

  • Cairan yang tidak normal keluar dari faraj anda

Contoh lokasi kanser pada permukaan dalam rahim

Kesakitan pinggul (pelvis) mungkin tanda adanya kanser rahim

Apa puncanya?

Antara punca-punca kanser rahim adalah:

  • Peningkatan umur: Risiko kanser rahim anda bertambah seiring dengan peningkatan umur anda.

  • Terapi hormon menopaus: Wanita yang mengambil ubat terapi hormon estrogen dan progesteron untuk merawat tanda-tanda menopaus mempunyai risiko kanser rahim.

  • Terapi hormon rawatan kanser payudara: Wanita yang mengambil sesetengah ubat terapi hormon untuk merawat kanser payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kanser rahim.

  • ​Sejarah peribadi atau keluarga yang mempunyai kanser rahim: Jika anda atau sesiapapun yang mempunyai pertalian darah dengan anda pernah menghidap kanser rahim, maka risiko anda menghidap kanser rahim akan meningkat.

  • ​Obesiti: Menjadi gemuk meningkatkan risiko kanser rahim.

  • ​Tidak pernah hamil: Wanita yang tidak pernah hamil mempunyai risiko kanser rahim yang lebih tinggi berbanding wanita yang pernah hamil.​​

Bagaimana mencegah & membendungnya?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah kanser rahim adalah:

  • Berbincang dengan doktor anda tentang risiko mengambil ubat-ubatan hormon untuk merawat tanda-tanda menopaus dan kanser payudara.

  • Berjumpa dengan doktor secepat mungkin jikalau ada tanda-tanda kanser rahim. Rawatan kanser rahim semasa ianya berada di peringkat awal mempunyai peluang besar untuk pulih sepenuhnya.

  • Kerap bersenam untuk mengurangkan berat badan dan megekalkan kesihatan tubuh badan.

Bagaimana ia dikesan?

Bincangkan dengan doktor mengenai situasi khusus anda. Dengan nasihat doktor, anda boleh memutuskan sama ada kaedah pemeriksaan tersebut adalah tepat untuk anda.

Kaedah pengesanan kanser rahim yang sering digunakan adalah:

  • Pemeriksaan pinggul: Doktor akan memeriksa keadaan rahim, ovari dan serviks anda dengan jari dan sejenis alat yang dipanggil spekulum. Sekiranya doktor anda mendapati ada sebarang kelainan dalam tekstur atau bentuk rahim, anda mungkin memerlukan pemeriksaan selanjutnya.

  • Hysteroscopy: Menggunakan skop untuk melihat bahagian dalam keseluruhan rahim anda.

  • Ultrasound Transvaginal: Alat kecil yang mengeluarkan gelombang bunyi akan dimasukkan dalam rahim anda untuk menghasilkan gambar rahim bagi tujuan analisis.

  • Biopsi Endometrium: Mengumpul sampel tisu rahim tanpa pembedahan dan dianalisis di makmal untuk menentukan kehadiran sel kanser.

  • Dilation & Curettage (D&C): Pembedahan kecil dibuat untuk mengambil sampel tisu rahim yang sukar dicapai untuk menganalisis kehadiran sel kanser.

Jikalau kanser rahim anda didapati telah merebak ke bahagian lain badan, doktor mungkin akan membuat ujian pengimejan seperti berikut di seluruh atau sebahagian badan anda bagi mengenal pasti lokasi sel-sel kanser:

  • Ultrasound

  • Imbasan tulang (bone scan)

  • Pengimejan resonans magnetik (MRI)

  • Pengimbas tomografi pelepasan positron (PET scan)

  • Pemeriksaan tomografi berkomputer (CT scan)

Hysteroscopy menggunakan skop untuk melihat keadaan rahim anda

D & C adalah pembedahan kecil untuk mengambil sampel tisu rahim

Bagaimana ia dirawat?

Bincangkan dengan doktor anda jenis rawatan yang terbaik untuk keadaan khusus anda.

Antara kaedah rawatan kanser rahim adalah melalui:

  • Terapi radiasi: Menggunakan tenaga radiasi berkuasa tinggi (spt. X-ray, proton) untuk membunuh sel-sel kanser.

  • Pembedahan: Untuk membuang sama ada sebahagian atau keseluruhan rahim dan ovari anda.

  • ​Kemoterapi: Menggunakan ubat-ubatan untuk membunuh sel-sel yang berkembang pesat termasuk sel-sel kanser.

  • ​Terapi hormon: Rawatan untuk mengawal paras hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda untuk mematikan sel-sel kanser atau menyekat sel-sel kanser daripada berkembang.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  • Buat appointment dengan doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda kanser rahim yang membimbangkan.

  • Setiap hospital mempunyai kaedah yang berbeza untuk saringan kanser rahim.

  • Bincangkan pemeriksaan kanser rahim dengan doktor anda. Bersama-sama pakar perubatan, anda boleh memutuskan apa yang terbaik untuk diri anda.

Malaysia telah dianugerahkan beberapa kali sebagai destinasi terbaik untuk mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti dengan harga terjangkau. Cari hospital di Malaysia yang sesuai dengan keadaan khusus anda di sini: Panduan Hospital

Bagaimana untuk bersiap sedia dengan appointment anda?

Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan seperti berikut:

 

  • Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?

  • Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit pada badan anda?

  • Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?

  • Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit tersebut?

  • Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?

  • Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?

 

Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:

  • Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.

  • Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).

  • Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.

  • Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.

  • Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).

  • Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.

Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:

  • Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?

  • Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?

  • Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?

  • Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?

  • Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?

  • Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?

  • Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?

  • Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?

  • Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?

  • Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?

  • Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?

  • Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?

  • Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)

  • Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?

  • Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?

  • Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?

 

Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.

Updated: February 23, 2019

References:

  1. Beirman, Robin., Engel, Roger. An A-Z of Symptoms and Signs. Palgrave Macmillan Australia, 2009.

  2. Papadakis, Maxine A., McPhee, Stephen J., Rabow, Michael W. CURRENT Medical Diagnosis and Treatment. 58th ed. McGraw Hill Professional, 2018.

  3. Porter, Robert S. The Merck Manual of Patient Symptoms: A Concise, Practical Guide to Etiology, Evaluation and Treatment. Wiley, 2008.

  4. Griffith, Henry W. Complete Guide to Symptoms, Illness & Surgery. 3rd ed. Body Press/Perigree Books, 1995.

  5. Centers for Disease Control and Prevention. 2019. Uterine Cancer. [https://www.cdc.gov/cancer/uterine/]. Accessed 18 February 2019.

  6. National Cancer Institute. 2019. Uterine Cancer. [https://www.cancer.gov/types/uterine]. Accessed 16 February 2019.

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon