KANSER KOLON

KANSER KOLON

Apa itu kanser kolon?

  • Kanser kolon adalah kanser yang muncul pada usus besar (iaitu usus yang terletak di bahagian akhir saluran pencernaan anda).

  • Kebanyakan kes kanser kolon bermula daripada kemunculan kumpulan sel-sel yang tidak aktif (dipanggil sebagai polip) pada permukaan dalam usus besar.

  • Beberapa polip ini boleh bertukar menjadi kanser usus besar jikalau tidak dirawat pada peringkat awal.

Apa tanda-tandanya?

Antara tanda-tanda anda mungkin menghidap kanser kolon adalah:

  • Darah ditemui dalam najis anda

  • Pendarahan dalam dubur

  • Sembelit dalam jangka masa panjang (lebih dari 4 minggu)

  • Cirit-birit dalam jangka masa panjang (lebih dari 4 minggu)

  • Berasa usus tidak kosong sepenuhnya walaupun selepas membuang air besar

  • Perut kerap tidak selesa (seperti kekejangan, angin atau sakit)

  • Hilang berat badan secara tiba-tiba

  • Kelemahan atau keletihan badan yang berpanjangan

Contoh kanser pada kolon

Memakan daging yang diproses boleh menyebabkan kanser kolon

Apa puncanya?

Antara punca-punca kanser kolon adalah:

  • Peningkatan umur: Risiko kanser kolon anda bertambah seiring dengan peningkatan umur anda.

  • Sejarah peribadi atau keluarga yang mempunyai kanser kolon: Jika anda atau sesiapapun yang mempunyai pertalian darah dengan anda pernah menghidap kanser kolon, maka risiko anda menghidap kanser kolon akan meningkat.

  • Pendedahan radiasi. Risiko kanser kolon anda akan meningkat sekiranya anda pernah menerima rawatan radiasi pada perut anda.

  • Alkohol: Minum alkohol secara berlebihan akan meningkatkan risiko kanser kolon.​

  • Merokok: Meningkatkan risiko pembentukan polip dan kemudiannya kanser dalam usus besar.

  • Obesiti: Badan yang gemuk meningkatkan risiko kanser kolon.

  • ​Kurang bersenam: Badan yang kurang aktif mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap kanser kolon.

  • Diabetes​

  • Jenis pemakanan seperti :-

    • Daging merah (kurang masak)

    • Daging yang diproses (sosej, salami, daging yang diawet, daging yang dimasinkan, daging salai, daging kering, daging yang ditinkan)

    • Makanan yang banyak lemak

    • Makanan kurang serat

Bagaimana mencegah & membendungnya?

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah kanser kolon adalah:

  • Membuat pemeriksaan kanser kolon dengan doktor (jikalau anda mempunyai keluarga yang ada pertalian darah dengan anda pernah menghidap kanser kolon) pada:​​

    • Usia 45 tahun: Kekerapan pemeriksaan selanjutnya akan berdasarkan keputusan pemeriksaan pertama anda.

  • Sekiranya tiada ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan anda pernah menghidap kanser kolon;

    • Usia 50 tahun: Anda harus membuat pemeriksaan pertama. Kekerapan pemeriksaan selanjutnya akan berdasarkan keputusan pemeriksaan pertama anda.

  • Kerap bersenam untuk mengurangkan berat badan dan megekalkan kesihatan tubuh badan.

  • Makan makanan yang menjamin kesihatan usus anda seperti:​

    • Sayur-sayuran

    • Buah-buahan

    • Bijirin (terutamanya oat)

    • Daging dan ayam tanpa lemak, tanpa pengawet dan dimasak dengan sempurna

    • Produk tenusu rendah lemak

  • Kurangkan minum alkohol (segelas sehari) ataupun berhenti dari meminum sepenuhnya.

  • Mengurangkan ataupun berhenti menghisap rokok dengan sepenuhnya.

Kolonoskopi menggunakan skop untuk melihat bahagian dalam usus

Bagaimana ia dikesan?

Jikalau terdapat tanda-tanda kanser kolon yang telah dinyatakan, bincangkan dengan doktor mengenai situasi khusus anda. Dengan nasihat doktor, anda boleh memutuskan sama ada kaedah pemeriksaan tersebut adalah tepat untuk anda.

Antara kaedah pengesanan kanser kolon yang sering digunakan adalah:

  • Ujian darah: Sampel darah anda akan diambil dan dianalisis untuk mengesan sejenis bahan kimia yang boleh menentukan kehadiran sel-sel kanser.

  • Kolonoskopi: Menggunakan skop untuk melihat bahagian dalam keseluruhan kolon dan rektum anda. Pengambilan sampel tisu dan pembedahan untuk mengeluarkan polip (jika ada) boleh terus dibuat melalui tiub tersebut.

Jikalau kanser kolon anda didapati telah merebak ke bahagian lain badan, doktor mungkin akan membuat ujian pengimejan seperti berikut di seluruh atau sebahagian badan anda bagi mengenal pasti lokasi sel-sel kanser:

  • Ultrasound

  • Imbasan tulang (bone scan)

  • Pengimejan resonans magnetik (MRI)

  • Pengimbas tomografi pelepasan positron (PET scan)

  • Pemeriksaan tomografi berkomputer (CT scan)

Bagaimana ia dirawat?

Bincangkan dengan doktor anda jenis rawatan yang terbaik untuk keadaan khusus anda.

Antara kaedah-kaedah rawatan kanser kolon adalah:

Pembedahan membuang bahagian usus berkanser dan disambungkan dengan usus yang normal

  • Mengeluarkan polip-polip yang terdapat dalam usus menggunakan skop ataupun melalui pembedahan kecil.

  • Pembedahan besar untuk membuang sebahagian usus yang dijangkiti kanser (jikalau keadaan usus bertambah teruk).

  • Terapi radiasi: Menggunakan tenaga radiasi berkuasa tinggi (spt. X-ray, proton) untuk membunuh sel-sel kanser.

  • Kemoterapi: Menggunakan ubat-ubatan untuk membunuh sel-sel yang berkembang pesat termasuk sel-sel kanser.

  • Menggunakan sejenis ubat untuk menyerang protein tertentu dalam sel-sel kanser bagi menyekatnya daripada berkembang.

  • Terapi imun: Pengaktifan pertahanan semula jadi tubuh badan untuk membunuh sel-sel kanser atau mengawalnya daripada berkembang.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

  • Buat appointment dengan doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda kanser kolon yang membimbangkan.

  • Setiap hospital mempunyai kaedah yang berbeza untuk saringan kanser kolon.

  • Bincangkan pemeriksaan kanser kolon dengan doktor anda. Bersama-sama pakar perubatan, anda boleh memutuskan apa yang terbaik untuk diri anda.

Malaysia telah dianugerahkan beberapa kali sebagai destinasi terbaik untuk mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti dengan harga terjangkau. Cari hospital di Malaysia yang sesuai dengan keadaan khusus anda di sini: Panduan Hospital

Bagaimana untuk bersiap sedia dengan appointment anda?

Untuk persiapan anda, doktor pakar mungkin akan bertanya kepada anda beberapa soalan seperti berikut:

 

  • Adakah tanda-tanda penyakit pada anda berlaku secara berterusan atau kadang-kadang sahaja?

  • Bagaimanakah tahap keparahan tanda-tanda penyakit pada badan anda?

  • Sejak bilakah anda mula mengalami tanda-tanda penyakit tersebut?

  • Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit tersebut?

  • Jika ada, apakah yang mungkin menyebabkan tanda-tanda penyakit yang ada pada anda semakin parah?

  • Jika ada, apakah yang anda lakukan untuk melegakan apa-apa tanda penyakit yang ada pada anda?

 

Apa yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment adalah:

  • Senaraikan tanda-tanda penyakit yang anda hidapi, termasuk mana-mana yang tidak berkaitan dengan sebab anda memohon appointment.

  • Ketahui segala sekatan yang perlu ada sebelum appointment. Pastikan untuk bertanya terlebih dahulu segala apa yang perlu dilakukan sebelum appointment (spt. mengehadkan diet anda, dll.).

  • Senaraikan semua ubat-ubatan, vitamin atau suplemen yang anda ambil.

  • Jikalau boleh, ajak ahli keluarga ataupun rakan untuk bersama anda. Kadang-kadang kita sukar untuk mengingati semua maklumat semasa appointment. Sesiapa yang mengiringi anda mungkin mengingati sesuatu yang anda terlepas ataupun terlupa.

  • Senaraikan maklumat peribadi utama anda yang dapat membantu doktor dalam penyiasatan penyakit anda (spt. tekanan-tekanan utama dalam hidup anda ataupun segala perubahan dalam kehidupan anda baru-baru ini).

  • Senaraikan semua soalan yang anda ingin bertanya kepada doktor.

Berikut adalah soalan-soalan umum yang boleh ditanya kepada doktor anda:

  • Apakah kemungkinan punca kepada tanda-tanda penyakit yang muncul pada saya?

  • Pemeriksaan apa yang perlu saya jalani? Perlukah saya membuat apa-apa persediaan khas sebelum melakukan pemeriksaan tersebut?

  • Apakah tahap keparahan penyakit yang ada pada saya?

  • Perlukah saya mendapatkan pendapat doktor kedua tentang keadaan saya?

  • Apakah pilihan-pilihan rawatan yang sesuai dengan keadaan saya?

  • Apakah kesan sampingan yang akan saya alami untuk setiap rawatan?

  • Bagaimanakah setiap pilihan rawatan tersebut menjejaskan kehidupan seharian saya?

  • Berapa besarkah peluang yang saya ada untuk sembuh sepenuhnya dengan menjalani rawatan tersebut?

  • Perlukah saya menjalani rawatan tersebut dengan segera tanpa membuang masa?

  • Berapa lamakah saya perlu menjalani rawatan tersebut?

  • Berapa kerapkah pemeriksaan yang perlu saya buat selepas rawatan?

  • Apakah tanda-tanda dan komplikasi yang perlu saya hadapi pada masa hadapan?

  • Apakah alternatif lain yang ada selain ubat-ubatan yang anda berikan kepada saya? (jika ada)

  • Perlukah saya membuat apa-apa perubahan kepada gaya hidup saya? Apakah pemakanan dan tahap aktiviti yang sesuai untuk keadaan saya?

  • Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesihatan saya?

  • Saya mempunyai masalah kesihatan yang lain. Bagaimanakah saya boleh menguruskan keadaan ini dengan sebaik-baiknya?

 

Jika anda ada soalan-soalan lain, janganlah teragak-agak untuk bertanya semasa appointment anda.

Updated: March 7, 2019

References:

  1. Papadakis, Maxine A., McPhee, Stephen J., Rabow, Michael W. CURRENT Medical Diagnosis and Treatment. 58th ed. McGraw Hill Professional, 2018.

  2. Beirman, Robin., Engel, Roger. An A-Z of Symptoms and Signs. Palgrave Macmillan Australia, 2009.

  3. Porter, Robert S. The Merck Manual of Patient Symptoms: A Concise, Practical Guide to Etiology, Evaluation and Treatment. Wiley, 2008.

  4. Griffith, Henry W. Complete Guide to Symptoms, Illness & Surgery. 3rd ed. Body Press/Perigree Books, 1995.

  5. Centers for Disease Control and Prevention. 2019. Colorectal Cancer. [https://www.cdc.gov/cancer/colorectal/]. Accessed 19 February 2019.

  6. National Cancer Institute. 2019. Colorectal Cancer. [https://www.cancer.gov/types/colorectal]. Accessed 21 February 2019.

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon