GLENEAGLES KL

Deskripsi Umum

  • Menawarkan kepakaran yang tidak ternilai yang diperolehi daripada pengalaman memberikan perkhidmatan perubatan luar biasa sejak tahun 1996.

  • Telah berkembang menjadi penyedia perkhidmatan perubatan yang bereputasi di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara dengan sentiasa menaik taraf hospital melalui pelaburan dalam teknologi canggih.

  • Berkomited kepada penyediaan perkhidmatan perubatan yang selamat dan berkualiti oleh sekumpulan doktor dan jururawat yang berkelayakan dan berpengalaman.

  • Pusat kecemerlangan dalam:

    • Wanita & Kanak-kanak: Rawatan masalah kesihatan wanita, penjagaan kesihatan payudara, kehamilan dan kelahiran anak.

    • Onkologi: Pencegahan, diagnosis dan rawatan kanser.

    • Jantung: Pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit berkaitan jantung, saluran darah dan sistem peredaran darah yang kompleks.

    • Ortopedik: Penjagaan tulang dan sendi.

    • Neurologi: Rawatan dan terapi untuk semua penyakit sistem saraf.

  • Anugerah dan akreditasi antarabangsa yang diperolehi ditunjukkan dalam dropdown di bawah:

arrow&v

Sistem pembedahan robotik da Vinci

Teknologi Leksell Gamma Knife® Perfexion™

Kemudahan dan Perkhidmatan yang Unik

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang unik di Gleneagles KL:

  • Rawatan kanser radiosurgeri menggunakan teknologi Leksell Gamma Knife® Perfexion™. Prosedur ini tidak melibatkan sebarang pembedahan pada tubuh badan dan dapat menghentikan pertumbuhan tisu-tisu kanser yang tidak dapat dilakukan melalui pembedahan terbuka pada anggota badan yang berisiko tinggi seperti sel-sel kanser yang terdapat dalam otak. Rawatannya tepat dan pantas yang mengurangkan sebarang kesan sampingan pada badan anda. Rawatan tersebut dibuat dalam satu hari sahaja dan anda tidak perlu bermalam di hospital.

  • Menggunakan sistem pembedahan robotik da Vinci yang membolehkan pakar bedah melakukan prosedur halus dengan ketepatan yang lebih baik dan memberikan hasil yang lebih sempurna untuk pesakit. Ini bermakna pengurangan sebarang bentuk komplikasi, masa pemulihan yang lebih pantas dan pengalaman pembedahan yang lebih baik.

  • Menawarkan Terapi Akuatik dengan ahli fisioterapi akuatik yang dilatih dan diperakui oleh Fakulti Terapi Akuatik Antarabangsa (IATF) di Valens, Switzerland. Aplikasi terapeutik termasuk gangguan neurologi, sakit tulang belakang, otot, ligamen, tendon dan tulang, pemulihan ortopedi pascaoperasi, ketidakupayaan pediatrik dan tekanan ulser.

Hubungi kami jika anda memerlukan perkiraan biaya yang tepat dengan kondisi anda dari hospital-hospital di Malaysia.

Untuk biaya medical check-up pula, sila pilih paket medical check-up di bawah dan tekan butang 'GO' untuk menjana butiran:

Butiran paket...

arrow&v

Biaya Paket (RM):

Butiran Paket

Package Details

Package details...

Biaya Medical Check-Up

Bagaimanakah caranya untuk mencari doktor pakar yang sesuai dengan keadaan anda? Anda boleh rujuk panduan kami di sini untuk mengetahuinya dengan lanjut: 6 Tips Mencari Doktor Pakar Yang Tepat

 

Sebagai wakil rasmi rumah-rumah sakit di Malaysia, semua layanan Kami 100% bebas biaya:

 

  • Menyarankan pilihan hospital/doktor pakar yang sesuai untuk keadaan Anda sebelum keberangkatan

  • Memberikan perkiraan biaya rawatan sebelum keberangkatan

  • Memberikan perkiraan jangka waktu rawatan sebelum keberangkatan

  • Membuat appointment dengan doktor​

Kantor Kami di Kuala Lumpur dan dapat di kontak secara langsung untuk apa saja informasi sepanjang perjalanan pengobatan Anda di Malaysia.

Hubungi Kami dan ajukan sebarang pertanyaan Anda.

AJUKAN PERTANYAAN

SILAKAN ISI SEMUA BAHAGIAN DENGAN BENAR. INFORMASI YANG  ANDA BERIKAN AKAN DISIMPAN SECARA AMAN DALAM DATABASE KAMI.

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon