6 TIPS UNTUK MERUNDINGKAN BIAYA PERUBATAN ANDA

By Darshini Sitharam  |  Updated: January 27, 2019

Situasi di mana anda berasa sakit sehinggakan perlu dimasukkan ke bilik kecemasan adalah satu perasaan yang terasa cukup dahsyat. Mungkin situasi lain yang terasa hampir sama adalah kebimbangan menunggu bil perubatan yang tidak dapat dielakkan. Anda mungkin boleh mengurangkan beban kewangan anda jika anda tahu soalan yang betul untuk ditanya.

1. Tanya jikalau ada sebarang diskaun yang layak diterima

Kebanyakan pesakit tidak tahu bahawa mereka layak menerima diskaun melalui kaedah pembayaran yang dilakukan (contohnya menggunakan kad kredit bank tertentu) ataupun melalui sebarang program amal yang disertai hospital tersebut. Biasanya hospital tidak akan memberitahu anda mengenai sebarang tawaran yang ada. Maka, anda perlu proaktif untuk bertanya sebarang diskaun yang layak diterima.

2. Ketahui jenis-jenis biaya yang akan dikaitkan dengan prosedur anda

Pastikan anda merangkumi semua biaya yang dikaitkan dengan prosedur anda, bukannya hanya kos pembedahan. Contohnya, anestesiologi, ahli radiologi, kos makmal dan sebagainya. Senaraikan juga semua jenis doktor yang masuk dalam bilik anda. Ini kerana setiap jenis doktor mempunyai biaya perundingan yang berbeza. Semak bil perubatan anda dengan senarai yang anda telah buat. Mungkin anda dapat mengesan apa-apa kesalahan dalam bil tersebut.

3. Belajar mengesan kesalahan yang biasa dilakukan pada bil perubatan

Kadang-kadang terdapat kesilapan yang tidak disengajakan dan anda perlu tahu bagaimana untuk mengesannya. Setiap prosedur yang dilakukan oleh hospital mempunyai sejenis kod yang membolehkan hospital membiayai syarikat-syarikat insurans. Kebanyakan pesakit tidak tahu apa maksud kod-kod tersebut. Antara kesalahan pada kod-kod yang sering dikesan dalam bil perubatan adalah:

Unbundling - Perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu dibilkan bersama sebaliknya telah dibilkan secara berasingan. Contohnya, pelbagai ujian kesihatan telah dijalankan dan dibilkan secara berasingan meskipun semua ujian tersebut berkait dengan satu jenis diagnosis sahaja.

Jumlah prosedur dibilkan lebih dari sebenarnya - Anda telah dibilkan beberapa kali untuk prosedur yang sama.

Kod tidak sepadan - Apabila kod rawatan dalam bil tidak sepadan dengan diagnosis. Dalam situasi ini, syarikat insurans boleh menafikan tuntutan tersebut.

Upcoding - Kesilapan mengenakan bayaran untuk rawatan yang berbeza (lebih mahal) dari rawatan yang diterima. Contohnya, anda dikenakan bayaran untuk ubat berjenama sedangkan anda mengambil ubat generik.

Balance Billing - Keadaan yang boleh berlaku dimana terdapat juga baki yang anda perlu bayar setelah syarikat insurans membayar bil perubatan anda meskipun dasar insurans anda menyatakan sebaliknya. Mungkin terdapat masalah dengan proses pengebilan automatik.

4. Mengetahui istilah-istilah pembayaran bil perubatan

Berikut adalah beberapa istilah yang selalu digunakan yang perlu anda tahu:

Deductible - Jumlah biaya minimum yang perlu anda bayar kepada hospital sebelum syarikat insurans kesihatan anda mula membayar biaya perubatan anda.

Co-pay - Jumlah harga yang sudah ditentukan yang akan dibayar oleh pesakit kepada hospital sebelum menerima sesetengah jenis perkhidmatan perubatan.

Co-insurance - Sama seperti co-pay tetapi pesakit hanya perlu membayar beberapa peratus sahaja dari harga asal yang sudah ditentukan kepada hospital. Syarikat insurans akan membayar jumlah yang selebihnya selepas rawatan dijalankan.

Dalam rangkaian - Hospital/klinik yang dilindungi oleh syarikat insurans anda.

Luar rangkaian - Hospital/klinik yang tidak dilindungi / dilindungi secara terhad oleh syarikat insurans anda.

5. Melawat Jabatan Pengebilan Hospital anda

 

Pergilah berjumpa dengan petugas di Jabatan Pengebilan Hospital anda jikalau terdapat sebarang kesilapan dalam bil perubatan ataupun anda mengalami kesukaran untuk membayarnya. Selalunya mereka akan menyediakan beberapa penyelesaian untuk membantu masalah pesakit-pesakit mereka.

6. Panggil pakar perunding untuk membantu anda

Terdapat pakar di luar sana yang boleh membantu anda jika anda berasa kurang berpengetahuan untuk merundingkan bil perubatan anda sendiri. Sudah tentu terdapat bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan ini. Jadi, anda perlu benar-benar mempertimbangkan pilihan ini sebelum menghubungi pakar-pakar tersebut.

Kesimpulannya, menjadi pesakit yang berpengetahuan adalah penting untuk mengelakkan kesilapan semasa proses pembayaran bil perubatan. Jangan takut untuk membuat sebarang pertanyaan dengan pihak hospital tentang bil anda. Berunding secara tenang dan jelas dengan pihak hospital. Dengan cara ini, proses rundingan anda akan menjadi lebih mudah untuk diurus.

 

~ Darshini Sitharam adalah seorang penulis, editor dan ahli strategi digital yang khusus dalam kandungan berkaitan kesihatan dan gaya hidup.

Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui:

6 Negara Terbaik di Dunia dalam Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan

6 Tips Untuk Mencari Doktor Pakar Yang Tepat

Tips Berguna Untuk Persiapan Appointment Doktor

5 Manfaat Menggunakan Fasilitator Perubatan

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon