6 TIPS MENCARI DOKTOR PAKAR YANG TEPAT

By Marini Lee  |  Updated: March 27, 2019

Untuk mencari doktor pakar yang sesuai, kebanyakan orang akan mengambil rujukan dari doktor umum atau meminta cadangan dari rakan, saudara mara atau rangkaian sosial mereka. Tetapi terdapat langkah-langkah yang lebih baik bagi memastikan anda mendapat doktor pakar yang tepat untuk keadaan khusus anda.

1. Tentukan jenis doktor yang anda perlukan.

 

Pencarian bidang doktor pakar yang sesuai haruslah berdasarkan 'punca utama' yang menyebabkan timbulnya 'tanda & gejala' pada anda. Kemunculan tanda & gejala pada badan anda mungkin disebabkan oleh salah satu daripada beberapa punca.

 

Sebagai contoh, tanda & gejala seperti sakit belakang mungkin disebabkan oleh penyakit artritis, scoliosis, osteoporosis, kanser ataupun sekadar tekanan pada otot semasa mengangkat barangan berat. Setiap punca berikut mempunyai doktor pakar yang khusus dilatih untuk merawatnya.

Adakah anda sedang mencari pakar pediatrik? Seorang pakar onkologi? Seorang ahli onkologi pediatrik? Anda boleh rujuk panduan kami di sini untuk mengetahuinya dengan lanjut: Panduan 34 Jenis Doktor Pakar dan Peranannya

Sekiranya anda tidak mengetahui punca utama kepada kesakitan atau gejala tersebut, anda boleh berjumpa doktor umum yang berdekatan terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik.

2. Tentukan keutamaan anda.

 

Adakah anda mahukan seorang doktor yang bertugas dari hospital tertentu? Adakah anda memerlukan seorang doktor yang boleh bercakap bahasa asing? Adakah anda memerlukan seorang doktor lelaki atau wanita?

3. Menyelidik latar belakang doktor.

 

Sebaik sahaja anda telah memendekkan senarai doktor pilihan anda, maka nilailah kelayakan doktor-doktor tersebut. Bagaimana dengan latar belakang pendidikan, reputasi dan status pensijilan mereka? Bacalah latar belakang mereka secara online dan lihat sama ada mereka mempunyai akaun media sosial - banyak yang anda boleh ketahui tentang gaya doktor tersebut dengan hanya membaca posting nya di media sosial.

4. Buat appointment.

 

Anda nilaikan sendiri kualiti perkhidmatan doktor dan kakitangan hospital yang diberikan seperti jenis pertolongan yang diberi, keihsanan perkhidmatan dan masa menunggu untuk berjumpa doktor.

5. Bersedia untuk appointment.

 

Ambil sedikit masa sebelum appointment untuk senaraikan semua soalan yang ada, semua ubatan yang diambil, sejarah kesihatan dan maklumat insurans anda. Banyakkan bertanya dan lihat bagaimana doktor bertindak balas terhadap kebimbangan anda. Adakah doktor mendengar permasalahan anda? Adakah dia menjawab soalan anda dengan teliti? Adakah dia membuat anda berasa selesa?

Ketahui dengan lebih lanjut soalan umum doktor, soalan umum yang anda patut tanya dan kaedah yang boleh dilakukan untuk bersiap sedia sebelum appointment di sini: Tips-tips Berguna untuk Persiapan Appointment Doktor Anda

6. Dapatkan pendapat doktor kedua untuk kepastian jika mahu.

 

Kadang-kala, doktor pakar yang mempunyai kelayakan terbaik pun masih tidak dapat memberi jaminan bahawa mereka akan menjadi doktor yang sesuai buat anda. Mungkin kerana mereka terganggu dengan perkara lain dan tidak dapat memberikan perhatian yang anda perlukan. Seperti yang dinyatakan, terdapat banyak pakar di luar sana. Sekiranya anda tidak menjumpai doktor pakar yang sesuai pada percubaan pertama, maka teruskanlah pencarian anda.

Anda mungkin juga berminat untuk mengetahui:

6 Negara Terbaik Dunia Untuk Perubatan

Tips Berguna Untuk Persiapan Appointment Doktor

6 Tips Untuk Merundingkan Biaya Perubatan Anda

5 Manfaat Menggunakan Fasilitator Perubatan

Share on:

Tel: +60 12 6810227

19, Jalan Wangsa 3, Taman Wangsa UKAY, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Copyright © 2017-2019 by Rantau Medi Trip

  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon